Social Icons

Selasa, November 21

Mesyuarat PaBADaR kali ke 3 2017

Pada 08hb November 2017 Bertempat di bilik gerakan SK Taman Seri Rembau telah diadakan Mesyuarat Panitia Bahasa Arab Daerah Rembau (PaBADaR) kali ke 3 bagi tahun 2017.
Semoga Rembau akan terus kekal no 1 Insya' Allah..





Program Muqaiam Luqatul Arabi 2017

Pada 10 Mac 2017 Bertempat di PPD Rembau PaBADaR telah berjaya melaksanakan Program Muqaiam Luqatul Arabi buat kali pertama setelah 2 tahun merangka serta merancang membina modul dan sebagainya. Sebanyak 23 buah sekolah di Daerah Rembau terlibat dalam menjayakan Program MLA 2017.



 Sesi Taklimat pembentangan Modul MLA 2017 kepada barisan jurulatih Daerah.





















Mesyuarat PaBADaR kali pertama 2016

Pada 27 Januari 2016 Buat kali pertama SK Taman Seri Rembau mendapat mandat untuk menjadi Pengerusi Panitia Bahasa Arab Daerah Rembau (PaBADaR) untuk sesi 2016/2017.
Beberapa aktitivi telah dirangka bagi melancarkan program Panitia Daerah Rembau dengan lebih berkesan.





Bengkel Penyelarasan DSKP semakan Tahun 1 2017

Pada 24 hb November 2016 bertempat di PPD Rembau satu Bengkel Penyelarasan DSKP semakan Tahun 1 untuk kegunaan tahun 2017 telah diadakan di peringkat Daerah Rembau bergabung dengan Dearah Tampin.





Taklimat Program Najah Mumtazah kali ke-2 2016

Pada 29hb September bertempat di SK Senawang 3 telah diadakan satu Taklimat untuk Program Najah Mumtazah kali ke 2 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing.
ianya merupakan satu tranformasi yang pertama setelah melihat kepada kejayaan pada Najah Mumtazah yang pertama yang mengkhususkan kepada beberapa sekolah terpilih dari semua Daerah, 
satu draf modul telah dibuat bagi menjayakan program tersebut.





Program Najah Mumtazah kali Pertama 2015

Pada 03 November 2015 bertempat di SK Senawang 3, Sektor Pendidikan Islam JPNNS bersama dengan barisan Jurulatih Program Najah Mumtazah dari 5 Daerah telah bergabung tenaga menjayakan Program Najah Mumtazah untuk murid cemerlang  tahun 6 bagi 2015 sebagai persediaan untuk melangkah ke Menengah nanti. Program telah disempurnakan oleh Tn. Haji Yusri B. Mohd Akhir Pen. Pengarah Operasi j-QAF JPNNS.









MESYUARAT PABADAR KE-3 2015

Pada 18hb November 2015 Panitia Bahasa Arab Daerah Rembau mengadakan mesyuarat PaBADaR buat kali ke 3 bagi tahun 2015, ianya merupakan kali terakhir buat tuan Rumah SK Salak Nama sebagai Pengerusi PaBADaR 2014/2015.