Social Icons

Isnin, Mei 21

Persidangan Kebangsaan P&P Bahasa Arab

 Pada  19 Mei 2012 Sabtu, bertempat di Hotel Klana Beach Resort Port Dickson telah diadakan satu Program  Persidangan Kebangsaan Pelajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 anjuran bersama oleh Unit Bahasa Arab FPI UKM , MAINS, JPNNS,  Program berjalan dengan lancar bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang yang diwakili oleh 17 orang pembentang yang telah membentangkan tajuk kajian mereka yang berkaitan dengan Isu-isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Peringkat Menengah dan Tinggi.

4 diantara 17 pembentang yang telah membentangkan tajuk kajian mereka masing-masing.

Selasa, April 17

Bengkel Pembinaan Instument Bahasa Arab KSSR

18 hb April 2012 Panitia Bahasa Arab Daerah Rembau (PaBADaR) telah melaksanakan satu bengkel Instrument Bahasa Arab KSSR bagi tahun 2012 yang bertempat di Bilik Gerakan SK Kota, Ianya terdidri dari 23 buah sekolah diseluruh Daerah Rembau. Diharapkan Hasil dari pembinaan Instrument ini dapat menggalakkan guru GBA Daerah untuk terus bersemangat dalam melaksanakan PBS dengan jayanya.

 Guru Bahasa Arab (GBA) Daerah sedang merangka dan membina instrument KSSR Bahasa Arab

Jumaat, Mac 30

PERANCANGAN AKTIVITI PaBADaR 2012.

Alhamdulillah hasil dari perjumpaan dan perbincangan dalam Mesyuarat panitia Bahasa Arab yang lalu beberapa aktiviti telah berjaya dirangka diantaranya adalah seperti berikut:


1 Bengkel Intrumen Bahasa Arab pada 18hb April 2012 bertempat di PKG Kota.
2 Bengkel Pembinaan RPH Bahasa Arab pada 13hb Jun 2012 bertempat di PGK Kota.
3 Bengkel Pembinaan RPT –(KIV)
4 Program Usaha sama dengan SELANDAR akan dibincangkan oleh  Cik Naziha Bt. Norazlan .
5.Kursus Khas ICT & Pembinaan BBM pada 23hb Mei 2012 yang bertempat di PKG Kota.
6 Program Mukhayyam Bahasa Arab tarikh (KIV) bertempat di KEM PUSAKO Daerah Rembau.

Khamis, Mac 29

Misi&Visi

Visi
Kementerian Pelajaran Malaysia

Sekolah Unggul
Penjana Generasi Terbilang

Misi
Kementerian Pelajaran Malaysia

Membangun potensi individu
Melalui pendidikan berkualiti

Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang

Panita Bahasa Arab Daerah Rembau telah ditubuhkan pada awal tahun 2009 yang disertai oleh 23 buah sekolah disekitar Daerah Rembau.